Pages

Friday 16 July 2010

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Petikan dari :Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan.

ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:

1. diberi susu ibu sahaja
2. tidak perlu air atau susu tambahan
3. tidak perlu makanan pelengkap

Wednesday 14 July 2010


assalamualaikum...
saya nak berkongsi resepi sardin buatan sendiri khusus buat mereka yg gemarkan sardin...

2 kg ikan sardin (bersihkan n buang kepala)
1 senduk minyak msk
1 tin tomato puree
5 kpg asam keping
air(sama paras dgn ikan td)
garam, gula sikit

Masak menggunakan pressure cooker selama 3 jam dgn api sederhana..anda akan dapati hasil yg sama mcm sardin yg dijual di kedai2 tetapi lebih yakin dgn kehalalan n kebersihannya..seterusnya masak la ikut citarasa msg2..nak buat sambal sardin ke..sandwich ke...

Rahsia surah Nabi Yusuf

Assalamualaikum w.b.t semua "Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf" khusus untuk mereka yang ingin menjaga sesuatu hubungan itu agar berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Marilah kita amalkan ayat pengasih Surah Yusuf ayat : 4 dan Surah Thahaa ayat : 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan. Alhamdulillah. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak supaya mereka hormati kita sebagai ibu bapa mereka. Dan juga sesuai dalam hubungan keluarga dan sahabat handai. Insya-Allah.

Surah Yusuf ayat : 4

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.

Kemudian sambung, Surah Thaaha ayat : 39

Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.

Caranya :
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

Thursday 24 June 2010

dah sarapan.....apa agaknya...

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi jumaat yg mulia....
dah sarapan....makan apa agaknya....
ummu kat cni sarapan roti dan milo+susu panas suam2 kuku....heheeh.
sejuk2 macam ni sedap juga...

Terhenti niatku....

Bismillahirrahmanirahim.

apa kbr sume....
semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah hendaknya.
cuaca sejuk.....nak jalan2 rasa malas pulak....dok pk nak g ke library kat bankstown tu....
tp malas lak....kat luar redup jer....ni kat dalam rumah ni...pakai baju 3 n 4 lapis...sbb cold la .....
tp kalau g jalan2 elok gak...panaskan badan.

Thursday 17 June 2010

SAYANGI PASANGAN ANDA

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima keputusan anda tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan
sekalipun.
6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.