Pages

Friday 16 July 2010

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Petikan dari :Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan.

ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:

1. diberi susu ibu sahaja
2. tidak perlu air atau susu tambahan
3. tidak perlu makanan pelengkap

Wednesday 14 July 2010


assalamualaikum...
saya nak berkongsi resepi sardin buatan sendiri khusus buat mereka yg gemarkan sardin...

2 kg ikan sardin (bersihkan n buang kepala)
1 senduk minyak msk
1 tin tomato puree
5 kpg asam keping
air(sama paras dgn ikan td)
garam, gula sikit

Masak menggunakan pressure cooker selama 3 jam dgn api sederhana..anda akan dapati hasil yg sama mcm sardin yg dijual di kedai2 tetapi lebih yakin dgn kehalalan n kebersihannya..seterusnya masak la ikut citarasa msg2..nak buat sambal sardin ke..sandwich ke...

Rahsia surah Nabi Yusuf

Assalamualaikum w.b.t semua "Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf" khusus untuk mereka yang ingin menjaga sesuatu hubungan itu agar berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Marilah kita amalkan ayat pengasih Surah Yusuf ayat : 4 dan Surah Thahaa ayat : 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan. Alhamdulillah. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak supaya mereka hormati kita sebagai ibu bapa mereka. Dan juga sesuai dalam hubungan keluarga dan sahabat handai. Insya-Allah.

Surah Yusuf ayat : 4

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.

Kemudian sambung, Surah Thaaha ayat : 39

Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.

Caranya :
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.