Pages

Tuesday 15 June 2010

Petua Selepas Makan

1. Jangan minum teh. Daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.

2. Jangan mandi. Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.

3. Jangan tidur. Makanan yang anda ambil tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.

4. Jangan makan buah-buahan. Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.

5. Jangan longgarkan tali pinggang. Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.

6. Jangan berjalan-jalan. Perbuatan itu akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.

No comments: