Maqlubah
Maqlubah, atau maknanya masakan yang diterbalikkan (upside down) adalah satu resepi yang masyhur di Jordan. Ia adalah masakan yang berasaskan nasi dan mempunyai aroma yang sungguh menyelerakan.
Resepi:
- Beras (beras yang guna masak briyani mungkin lebih sedap)
- Ayam. Kalau orang arab, potongannya besar-besar. Ikutlah, sesedap mata memandang
- Kentang, dipotong bulat dan nipis sesedap tangan memotong (tengok gambar).
- Terung, pun sama macam kentang, mungkin elok nipis lagi (tengok gambar).
- Bunga kobis. potong macam biasa. (ini bahan yang paling penting. sesetengah resepi di internet tidak menyebut bahan ini)
- rempah. (ini yang saya tidak pasti. sahabat Arab tu kata bubuh rempah, tapi rempah apa? seingat saya pernah sekali masa dia memasak di dapur kami di Jordan, dia cari saja apa-apa rempah yang ada di dapur. Cadangan saya, guna rempah briyani, dalam sesudu atau sesudu setengah. Boleh tambah rempah ratus yang lain sedikit, macam kayu manis, bunga cengkih dll)
Baru-baru Ust Shauqi memberitahu saya memang ada rempas khas, pernah kawan dia berikan kepadanya. Tetapi tidak mengapa, saya cuba rempah briyani, ok saje.
- bahan tambahan macam buah gajus, kismis, kacang kuda dan lain-lain untuk menambah keenakan masakan
- biasalah, garam
Cara masak:
1. Goreng dulu, ayam, kentang dan terung. Goreng ayam tu, tak ingat cara sebenarnya, tapi yang saya buat ialah digumalkan dengan sedikit kunyit supaya tidak melekat di kuali. Mungkin boleh tambah garam sedikit. Kalau tidak ayam ini rasanya tawar.
2. Goreng bunga kobis. Ini caranya: goreng agak lama hingga kekuningan atau coklat. Ia akan mengeluarkan bau aroma yang sangat menyelerakan.
3. Basuh beras, macam biasa, dan sukat air yang perlu untuk memasak nasi macam biasa juga, mungkin boleh lebihkan sikit. Asingkan beras dari air ni, dan air ni kemudiannya dicampurkan siap-siap dengan ramuan tadi: rempah, rempah ratus, garam.
4. Susun bahan-bahan dalam periuk nasi (saya gunakan periuk nasi elektrik). Cara susun ikut selera, cara saya:
- letak potongan terung yang dah digoreng tadi,
- kemudian letak potongan kentang yang telah digoreng,
- diikuti dengan bunga kobis yang telah digoreng.
- seterusnya letak ayam goreng. (memang macam nak penuh periuk jadinya)
- taburkan beras yang telah dibasuh, tabur rata-rata.
- terakhir: tuangkan air yang telah disukat tadi. biasanya ia akan menenggelamkan semua bahan dalam periuk nasi ni.
selesai, on periuk nasi dan tunggu sampai masak.
5. Hidangan tambahan: Salatah: campur dan gaulkan tomato dan timun yang telah dipotong empat segi, kecil-kecil. Boleh campur minyak zaitun sikit. Dimakan mentah bersama dengan hidangan maqlubah ini.
Hidangan:
Selepas masak, terbalikkan maqlubah ini dari dalam periuk nasi ke atas dulang. Memang akan ada kentang dan terung yang terlekat kat dasar periuk, korek saja dan letakkan atas maqlubah. Hidangkan bersama dengan salatah dan yogurt masam.
Yogurt - laban
3 comments:
Nak cuba lah masakan ni..sy slalu masak masakan Msia je..
salam.
to iddah....silakan
Assalamualaikum kak...
mcm menarik jer resepi ni...nnt nak try rasanya :)
Post a Comment