Pages

Thursday, 10 June 2010

Renungkan.....



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah....

Tazkirah

Rahsia di sebalik sembahyang 5 waktu.

Ali bin Abi Talib RA berkata: "Sewaktu Rasulullah SAW duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar, tiba-tiba datang satu rombongan orang Yahudi lalu berkata: "Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: " Sila terangkan kepada kami mengenai 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasulullah SAW: "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhannya. Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah khuldi. Maghrib itu adalah saat Allah SWT menerima taubat Nabi Adam AS.

"Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu kepada Allah SWT, maka pasti Dia akan menunaikan permintaannya. Isyak ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku. Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan."

Selepas orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah SAW, mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami, apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?"

Rasulullah SAW bersabda; "Jagalah waktu sembahyang, terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari akhirat."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Selepas itu, Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu sembahyang, terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah SWT, maka Allah SWT akan diperkenankan."

Sabda Rasulullah SAW: ""Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikannya cahaya untuk menyeberangi titian sirath."

Sabda Rasulullah SAW seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq."

Kesimpulannya:
(Pedoman dan renungan untuk diri saya dan kita semua...)
Oleh itu sama-samalah kita menjaga solat kita dan di samping itu kerjakanlah solat di awal waktu, semoga kita tidak menjadi umatnya yang kerugian... Insya Allah..
SMART Solat ...

Petikan daripada :
Metro Ahad 25 April 2010, muka surat D24.
(Mekasih Metro).

Info

Khasiat taugeh

Taugeh, Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam selalunya dipandang sebelah mata oleh masyarakat sekarang.

Ada yang melihat Tauge sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan, tidak sedap. Tapi Tahukah Anda, tauge sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.

Bagi kaum lelaki pengambilan taugeh mampu membuatkan sperma yang dihasilkan makin baik. Begitu juga wanita, taugeh berkesan membantu kesuburan telur. Khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.

Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

Petua

Petua Mudah Hamil/cepat dapat anak

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :

1.Ambil segenggam kacang hijau.

2.Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge).Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

3.Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

4.Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

5.Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

6.Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

7.Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

Info

Kebaikkan ais
Bagus juga minuman sejuk ni....


Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut..

Posted by ummuamin

Info

10 tabiat yang menyebabkan kerosakkan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Tazkirah

Adab di dalam persahabatan


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dengan insan lain.

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Posted by ummuamin
Labels:Tazkirah